CSGO

OG Dilaporkan Bakal Menandatangani Pasukan CSGO Dibarisi NBK, Aleksib, Valde

12 bulan lalu

OG Dilaporkan Bakal Menandatangani Pasukan CSGO Dibarisi NBK, Aleksib, Valde

Selepas menjadi organisasi pertama menjuarai dua kejohanan Dota 2 The International secara berturut-turut pada bulan Ogos yang lalu, OG Esports kini dilaporkan bakal meluaskan sayap ke sebuah lagi permainan esukan oleh Valve iaitu Counter Strike:Global Offensive.

Menurut laman web 1pv.fr organisasi tersebut bakal membelanjakan hasil kekayaan mereka menjuarai TI8 dan TI9 untuk menandatangani NBK, Aleksib, valde, ISSAA dan Jamppi.

Selepas tamatnya kejohanan CSGO StarLadder Berlin Major 2019 tempoh hari, pelbagai pasukan mulai melakukan perubahan dan mencari pemain baharu termasuklah organisasi luar seperti 100 Thieves, Misfits, TSM, Rogue dan Splyce yang dilaporkan berminat untuk menyertai dunia komeptitif CSGO.

Nathan “NBK” Schmitt dan Aleksi “Aleksib” Virolainen sebelum ini diura-urakan bakal menyertai organisasi 100 Thieves namun begitu kini dilaporkan telah memilih OG Esports sebagai rumah baharu mereka.

Menurut laporan daripada 1pv juga, bersama-sama dengan pasukan baharu ini, OG Esports telah memperoleh slot bagi BLAST dan ESL Pro Tour yang bakal bermula pada musim hadapan.

Senarai pemain yang dilaporkan bakal menyertai paskan CSGO OG Esports:

  • Nathan “NBK” Schmitt
  • Aleksi “Aleksib” Virolainen
  • Elias “Jamppi” Olkkonen
  • Valdemar “valde” Bjørn Vangså
  • Issa “ISSAA” Murad

Sumber: 1pv

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments