League of Legends

Slot LCS Echo Fox Akan Diambil Alih Oleh Evil Geniuses

28/09/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Slot LCS Echo Fox Akan Diambil Alih Oleh Evil Geniuses

Bacaan: < 1 minit

Selepas mengumumkan bahawa mereka bakal kembali menyertai arena kompetitif CSGO dengan mengambil alih bekas pemain NRG, Evil Geniuses kemudiannya sah akan kembali bertanding di dalam salah sebuah lagi permainan esukan ternama iaitu League of Legends.

Organisasi berpengkalan di Amerika Utara itu diumumkan bakal mengambil alih slot organisasi Echo Fox di liga League Championship Series (LCS). Slot tersebut terpaksa dilepaskan Echo Fox selepas Riot Games memutuskan bahawa organisasi tersebut gagal mengikuti perjanjian rakan francais mereka berikutkan isu kes perkauman diantara Rick Fox dan Amit Raizada.

Evil Geniuses akan mulai menjadi rakan francais LCS bermula pada musim 2020 kelak. Ini merupakan kali pertama mereka kembali ke arena kompetitif League of Legends semenjak meninggalkannya pada tahun 2014 lalu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Evil Geniuses, mereka tidak membeli sebarang kontrak bekas pemain Echo Fox dan akan membina pasukan mereka dari asasnya dan turut berjanji akan aktif berinteraksi dan menyediakan pelbagai kandungan kepada para peminat.

Sumber : Evil Geniuses