League of Legends

Liga League of Legends LMS dan LST Akan Kembali Digabungkan Bermula Pada Musim 2020

26/09/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Liga League of Legends LMS dan LST Akan Kembali Digabungkan Bermula Pada Musim 2020

Bacaan: < 1 minit

Liga kompetitif League of Legends bagi Hong Kong, Taiwan dan Macau, The League Master Series (LMS) dan liga kompetitif bagi Thailand, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Singapura iaitu LoL Southeast Asia Tour (LST) diumumkan akan kembali digabungkan bermula pada tahun hadapan.

Liga baharu ini yang dinamakan sebagai Pacific League Championship Series (PCS) akan menyertakan 10 buah pasukan dan penubuhannya adalah bertujuan untuk mempertingkatkan daya saing pasukan-pasukan terlibat dan juga meningkatkan penglibatan daripada para peminat.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama negara-negara ini diletakkan didalam sebuah liga yang sama. Pada permulaan arena kompetitif League of Legends pada tahun 2012, kesemua negara ini dan Vietnam diletakkan di bawah liga yang sama iaitu Garena Premier League. Riot Games kemudiannya memisahkan Hong Kong, Taiwan dan Macau kedalam LMS pada pengakhiran tahun 2014.

Vietnam kemudiannya menerima liga tersendiri mereka pada tahun 2018 (Vietnam Championship Series (VCS) selepas mereka mendominasi Garena Premier League. GPL kemudiannya menerima perubahan format pertandingan dan dijenamakan semula kepada LoL Southeast Asia Tour (LST).

Selepas semusim berlalu, LST dilihat masih tidak mencapai sasaran tahap kompetitif yang diharapkan oleh Riot Games sekaligus memaksa sebuah lagi perubahan dilakukan. Pada ketika ini, masih tiada sebarang pasukan diumumkan akan dimasukkan ke dalam liga baharu ini. Maklumat lanjut mengenai struktur liga, senarai pasukan dan format lainnya akan diumumkan pada tempoh pra-musim 2020 kelak.

Sumber : Garena