CSGO

Evil Geniuses Kembali Ke Arena Kompetitif CSGO – Ambil Alih Skuad NRG

26/09/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Evil Geniuses Kembali Ke Arena Kompetitif CSGO – Ambil Alih Skuad NRG

Bacaan: < 1 minit

Selepas menutup divisyen permainan Counter Strike 1.6 mereka pada tahun 2012 lalu, organisasi esukan Evil Geniuses akhirnya akan kembali semula ke arena kompetitif permainan Counter Strike dengan pengambilalihan skuad CS:GO NRG.

Skuad itu akan mulai bertanding di bawah nama Evil Geniuses bermula hari ini di kejohanan ESL One New York. Skuad ini pada ketika ini berada di ranking ke-4 pada papan pendahulu CSGO oleh HLTV. Pengambilalihan ini turut menyertakan slot NRG pada liga ESL Pro League yang akan bermula pada awal Oktober kelak.

Berikut adalah senarai pemain skuad CSGO Evil Geniuses:

  • Peter “stanislaw” Jarguz (Kapten)
  • Vincent “Brehze” Cayonte
  • Cvetelin “CeRq” Dimitrov
  • Ethan “Ethan” Arnold
  • Tarik “tarik” Celik
  • Chet “ImAPet” Singh (Jurulatih)

Jika anda mahu melihat skuad ini beraksi di bawah nama baharu ini, mereka akan bermain menentang pasukan FaZe Clan di kejohanan ESL One New York pada pukul 2 pagi ini waktu Malaysia dan perlawanan ini boleh ditonton di laman Twitch ESL.

Sumber : Evil Geniuses