League of Legends

Senarai Pasukan Yang Akan Bertanding Di Kejohanan League of Legends World Championship (Worlds 2019)

1 tahun lalu

Senarai Pasukan Yang Akan Bertanding Di Kejohanan League of Legends World Championship (Worlds 2019)

Musim kompetitif bagi permainan League of Legends untuk tahun 2019 bakal berakhir tidak lama lagi dengan penganjuran kejohanan LoL World Championship yang akan berlangsung di tiga negara di Eropah iaitu Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Senarai pasukan yang telah melayakkan diri ke kejohanan tersebut melalui liga rantau masing-masing telah pun lengkap dan berikut adalah senarai pasukan-pasukan tersebut:

Layak ke peringkat kumpulan:

  • China
    • Funplus Phoenix (Seed 1 – Juara LPL Musim Panas 2019)
    • Royal Never Give Up (Seed 2 – LPL 2019 Championship Points)
    • Invictus Gaming (Seed 3 – Juara LPL 2019 Regional Finals)
  • Korea
    • T1 (SK Telecom T1) (Seed 1 – Juara LCK Musim Panas 2019)
    • Griffin (Seed 2 – LCK 2019 Championship Points)
  • Eropah
    • G2 Esports (Seed 1 – Juara LEC Musim Panas 2019)
    • Fnatic (Seed 2 – Juara LEC 2019 Regional Finals)
  • Amerika Utara
    • Team Liquid (Seed 1 – Juara LCS Musim Panas 2019)
    • Cloud9 (Seed 2 – LCS 2019 Championship Points)
  • Hongkong, Taiwan dan Macau
    • J Team (Seed 1 – Juara LMS Musim Panas 2019)
    • ahq e-Sports Club (Seed 2 – LMS Championship Points)
  • Vietnam
    • GAM Esports (Seed 1 – Juara VCS 2019 Musim Panas)
  • Slot Play-in
    • Slot 1
    • Slot 2
    • Slot 3
    • Slot 4

Layak ke peringkat play-in:

  • Korea
    • Damwon Gaming (Seed 3 – LCK 2019 Regional Finals)
  • Eropah
    • Splyce (Seed 3 – Naib-juara LEC 2019 Regional Finals)
  • Amerika Utara
    • Clutch Gaming (Seed 3 – Juara LCS 2019 Regional Finals)
  • Taiwan, Hong Kong dan Macau
    • Hong Kong Attitude (Seed 3 – Juara LMS 2019 Regional Finals)
  • Vietnam
    • Lowkey Esports (Seed 2 – Naib-juara VCS Musim Panas 2019)
  • CIS
    • Unicorns of Love (Seed 1 – Juara LCL Musim Panas 2019)
  • Amerika Latin
    • Isurus Gaming (Seed 1 – Juara LLA Closing 2019)
  • Turki
    • Royal Youth (Seed 1 – Juara TCL Musim Panas 2019)
  • Brazil
    • Flamengo eSports (Seed 1 – Juara CBLOL 2019 Split 2)
  • Jepun
    • DetonatioN FocusMe (Seed 1 – Juara LJL Musim Panas 2019)
  • Oceania
    • MAMMOTH (Seed 1 – Juara OPL Musim Panas 2019)
  • Asia Tenggara (SEA)
    • MEGA (Seed 1 – Juara LST Musim Panas 2019)

**Tarikh dan waktu tempatan di Eropah.

Kejohanan LoL World Championship akan bermula dengan peringkat play-in dimana ia akan berlangsung di Studio League of Legends European Championship (LEC) di Berlin, Jerman bermula pada 2 Oktober sehingga 8 Oktober 2019**.

Empat pasukan kemudiannya melayakkan diri ke peringkat kumpulan, menyertai 12 pasukan sedia ada untuk merebut slot ke peringkat akhir kejohanan. Peringkat kumpulan ini akan berlangsung bermula 12 Oktober** bertempat di Verti Music Hall di Berlin, Jerman menyediakan 8 slot ke peringkat akhir.

Perinkat akhir kejohanan pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perlawanan suku/separuh akhir dan perlawanan akhir. Perlawanan suku dan separuh akhir akan berlangsung bermula pada 26 Oktober sehingga 3 November 2019** bertempat di Palacio Vistalegre, di Madrid, Sepanyol.

Kejohanan kemudiannya berakhir di kota Paris, Perancis bertempat di AccorHotels Arena. Dua pasukan terbaik musim ini akan bertarung pada 10 November 2019** bagi merangkul gelaran juara dunia bagi musim kompetitif League of Legends 2019.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments