Dota 2

Kejohanan The International Bakal Kembali Ke Eropah Bagi Ulangtahun Ke-10 – Stockholm Menjadi Tuan Rumah

27/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Kejohanan The International Bakal Kembali Ke Eropah Bagi Ulangtahun Ke-10 – Stockholm Menjadi Tuan Rumah

Bacaan: < 1 minit

Kejohanan terbesar bagi permainan Dota 2, The International bermula pada 9 tahun yang lalu di acara Gamescom di Cologne, dimana permainan tersebut dilancarkan kepada umum buat pertama kalinya.

Selang sembilan tahun selepas itu, kejohanan The International kini merupakan salah sebuah kejohanan esukan terbesar di dunia dan menawarkan hadiah mencecah ratusan juta ringgit. Di kejohanan The International 2019 yang berlangsung pada minggu lalu di Shanghai, pasukan OG membawa pulang hadiah sebesar USD15,614,112 sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Di acara tersebut juga, Valve telah mengumumkan bahawa bagi edisi kesepuluh kejohanan tersebut pada tahun 2020 kelak, ia bakal kembali semula ke benua Eropah dan akan dianjurkan di Stockholm, Sweden. Menerusi video acah yang dipertontonkan, The International 2020 dilihat bakal diadakan di Ericsson Globe yang mampu memuatkan seramai 16,000 pengunjung.

Vi sitter här i Venten och spelar lite DotA?

– BASSHUNTER