Dota 2

#TI9 OG Cipta Sejarah, Jadi Pasukan Pertama Pertahan ‘Aegis of Champions’

26/08/2019 2 minit bacaan

Penulis:

#TI9 OG Cipta Sejarah, Jadi Pasukan Pertama Pertahan ‘Aegis of Champions’

Bacaan: 2 minit

Sepanjang dua minggu yang lalu, 18 pasukan Dota 2 terbaik di dunia telah berkampung di Shanghai, China bagi menyertai kejohanan The International 2019, kejohanan terbesar bagi permainan tersebut yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD34,314,348.

Selepas berjaya memecahkan beberapa tradisi pada musim yang lalu, pasukan dari Eropah, OG sekali lagi mencipta beberapa sejarah pada musim ini dengan mengekalkan gelaran juara mereka dan mempertahankan Aegis of Champions. Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Mercedes-Benz Arena diantara pasukan OG dan Team Liquid, OG membuktikan bahawa Aegis yang diperoleh mereka pada musim lalu bukanlah kerana nasib sahaja dan mereka benar-benar layak untuk menjulangnya.

Walaupun memulakan musim DPC 2018-2019 ini dengan gelaran juara TI8, pasukan OG hanya menjalani musim mereka dengan keputusan yang biasa-biasa sahaja, tidak sekali pun menjuarai sebarang kejohanan major mahupun minor. Namun begitu, selepas tiba di Shanghai pasukan itu terus menunjukkan taring mereka dan menjadi pasukan paling di geruni di kejohanan ini, menguasai peringkat kumpulan kejohanan, sebelum mara ke peringkat akhir.

Di peringkat akhir kejohanan, OG terus cemerlang menewaskan lawan-lawan mereka untuk mara ke perlawanan akhir, menentang Team Liquid untuk mempertahankan Aegis of Champions. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 3-1. Perlawanan pertama bagi siri BO5 itu berlangsung sengit namun memihak kepada Team Liquid. Selepas itu, OG terus mendominasi baki 3 perlawanan seterusnya untuk mengekalkan gelaran juara mereka.

Sebagai juara, OG membawa pulang hadiah sebesar USD15,613,028, menjadi pasukan pertama di dalam sejarah Dota 2 yang memperoleh dua gelaran juara TI dan pasukan pertama yang mempertahankan gelaran tersebut bagi dua tahun berturut-turut. Kejuaraan ini turut membanggakan kerana pasukan itu dibarisi pemain yang sama pada tahun lalu.

Pasukan OG:

  • Anathan ‘Ana’ Pham
  • Topias ‘Topson’ Taavitsainen
  • Sébastien ‘Ceb’ Debs
  • Jesse ‘JerAx’ Vainikka
  • Johan ‘N0tail’ Sundstein

Kejohanan The International 2019 turut berjaya memecahkan rekod tontonan edisi tahun lalu dengan memperoleh 1968497 penonton puncak pada perlawanan akhir tersebut. Ia merupakan peningkatan yang agak tinggi selepas edisi tahun lalu yang hanya memperoleh 1205979 penonton puncak.

Berikut pula merupakan kedudukan yang diperoleh oleh para pemain dan jurulatih yang berasal dari Malaysia di kejohanan ini:

  • Jian Wei “xNova” Yap (Ketiga – PSG.LGD)
  • Yeik “MidOne” Nai Zheng (Keempat – Team Secret)
  • Tue “ah fu” Soon Chuan (Ke-7/8 – Royal Never Give Up)
  • Kam “Moon” Boon Seng & Chai “Mushi” Yee Fung (Jurulatih) (Ke-9/12 – Mineski)
  • Cheng “vtFαded” Jia Hao (Ke-17/18 Chaos EC)