Dota 2 Dota Underlords

Roh Alamiah Ke-4 Dota 2, Void Spirit Diperkenalkan Secara Rasmi

1 tahun lalu

Roh Alamiah Ke-4 Dota 2, Void Spirit Diperkenalkan Secara Rasmi

Setelah sekian lama ditunggu para pemain Dota 2, roh alamiah ke-4 akhirnya akan tiba tidak lama lagi untuk dimainkan. Selepas Snapfire diumumkan semalam, Void Spirit menjadi hero baharu kedua diumumkan di kejohanan Dota 2 The International 2019.

Seperti roh alamiah lain di dalam permainan Dota 2, iaitu Storm Spirit, Ember Spirit dan Earth Spirit, hero baharu ini turut mempunyai unsur tersendiri dan seperti namanya, ia berunsurkan lowong (Void). Tidak seperti video acah untuk Snapfire, video acah bagi Void Spirit lebih misteri dan tidak memperlihatkan banyak maklumat mengenai hero tersebut.

Menerusi video acah tersebut, Void Spirit dilihat bakal mempnyai abiiti berkaitan dengan kawalan masa, minda dan kemampuan untuk memasuki alam nyata dan alam lowong. Seperti Snapfire, Void Spirit akan tiba pada musim luruh 2019 kelak di dalam kemaskini yang digelar sebagai ‘The Outlanders Update’ dan Valve turut mengesahkan bahawa kedua-dua hero baharu ini akan turut tiba bagi permainan Dota Underlords.


Terma:

  • Roh : Spirit
  • Alamiah : Elemental
  • Lowong : Void
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments