Dota 2

Dota 2 Mengumumkan Hero Baharu, Snapfire – Nenek, Naga Dan Mesingan?

24/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Dota 2 Mengumumkan Hero Baharu, Snapfire – Nenek, Naga Dan Mesingan?

Bacaan: < 1 minit

Sebuah hero baharu bagi permainan Dota 2 telah diumumkan di acara The International 2019 yang sedang berlangsung di Shanghai dan bakal tiba untuk dimainkan pada musim luruh kelak.

Dinamakan sebagai Snapfire, hero baharu ini merupakan seorang nenek berketurunan Keen, kaum bertubuh kecil yang mahir dengan teknologi dan sains. Seperti nenek-nenek tipikal di dunia ini yang gemar memanjakan cucu-cucu mereka dengan kuih-muih, Snapfire dilihat bakal hadir dengan abiliti melibatkan biskut dimana dari video acah yang dipertontonkan akan memberikan ‘buff’ kepada rakan sepasukan.

Namun itu sahaja yang tipikal dengan nenek ini kerana kit selebihnya yang hadir bersama dengan hero ini adalah amat mengerunkan. Snapfire mempunyai teman seperjuangan berupa seekor naga muda yang mampu menyembur lava. Jika itu tidak cukup menakutkan, Snapfire juga mempunyai sepucuk senapang patah dan sekiranya beliau menaiki naga tersebut, beliau akan turut mampu menggunakan mesingan untuk menembak musuh.

Snapfire akan tiba pada musim luruh 2019 dan jika dilihat dari kebiasaanya, Valve akan melancarkannya sekitar penghujung musim tersebut iaitu pada bulan Disember kelak. Berikut adalah video acah pengenalan bagi Snapfire.