Dota 2

#TI9 Pemenang Pertandingan Filem Pendek Dan Undian Arcana

1 tahun lalu

#TI9 Pemenang Pertandingan Filem Pendek Dan Undian Arcana

Mengekalkan tradisi kejohanan The International, edisi tahun ini turut hadir dengan pertandingan filem pendek dan undian bagi arcana seterusnya bagi permainan Dota 2.

Bagi pertandingan filem pendek, juara tahun ini menjadi milik 4Fun911 yang hadir dengan filem pendek bertajuk ‘Path of Vengence’ berkisahkan tentang peribudaya Vengeful Spirit yang kehilangan gelaran beliau sebagai pemegang takhta seterusnya bagi Ghastly Eyrie ditangan adik kandungnya dan kini mencari saat untuk membalas dendam beliau.

Sebagai juara, 4Fun911 membawa pulang hadiah bernilai USD25,000. Tempat kedua pula menjadi milik Scavneck dengan filem ‘Curse of the Immortal’, membawa pulang hadiah berjumlah USD10,000 dan akhir sekali, filem ‘Donkey Spirit’ oleh Nayram memperoleh tempat ketiga dengan hadiah sebesar USD5,000. Berikt adalah ketiga-tiga filem pendek tersebut:

Bagi pemilihan arcana seterusnya pula, perlawanan diantara Ogre Magi dan Windranger berakhir dengan kemenangan memihak kepada Ogre Magi dengan undian berjumlah 30,210,077 berbanding Windranger yang memperoleh 23,505,924 undian.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments