Dota 2

(SK Telecom) T1 Umum Ceburi Arena Kompetitif Dota 2 – Forev Sebagai Pemain Pertama

22/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

(SK Telecom) T1 Umum Ceburi Arena Kompetitif Dota 2 – Forev Sebagai Pemain Pertama

Bacaan: < 1 minit

Ketika kejohanan The International 2019 sedang meriah berlangsung di Shanghai, organisasi berpengkalan di Korea Selatan yang popular dengan pasukan League of Legends mereka, T1 Entertainment & Sports (sebelum ini dikenali sebagai SK Telecom T1) hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal menceburi arena kompetitif Dota 2.

Melalui laman Twitter rasmi mereka, T1 mengumumkan bahawa Lee “Forev” Sang-don yang sebelum ini bermain bersama dengan pasukan Jinesbrus, sebagai pemain pertama skuad Dota 2 mereka. Pemain kelahiran Korea itu terkenal dengan persembahan membanggakan di kejohanan The International 2016 memperoleh kedudukan ke-5/6 bersama dengan pasukan MVP Pheonix yang dibarisi sepenuhnya pemain Korea Selatan.

Baki senarai pemain bagi skuad baharu T1 dilihat akan diumumkan satu persatu dalam masa terdekat ini. Tidak mustahil mereka akan menandatangani barisan pemain pasukan Jinesbrus yang mempamerkan prestasi cemerlang pada pusingan kelayakan The International 2019 lalu yang hampir-hampir sahaja melayakkan diri ke kejohanan itu.