Steam

Pelancaran Steam China Kini Rasmi – Akan Dikenali Sebagai Steam Platform

22/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pelancaran Steam China Kini Rasmi – Akan Dikenali Sebagai Steam Platform

Bacaan: < 1 minit

Semenjak daripada bulan Julai 2018 yang lalu, Valve telah mendedahkan perancangan mereka untuk melancarkan Steam di China secara rasmi.

Semalam, Valve dan rakan kerjasama mereka di China iaitu Perfect World telah mengadakan sebuah lagi sidang media untuk mengesahkan pelancarannya secara rasmi. Pada sidang media tersebut, Valve telah mengumumkan lebih banyak perincian mengenai serivs yang akan ditawarkan mereka.

Akan dikenali sebagai Steam Platform, ia akan hadir dengan pelayan tempatan yang lebih berkualiti tinggi, pasukan sokongan tersendiri. Lebih 40 buah permainan akan ditawarkan pada hari pelancaran termasuklah judul terbitan Valve seperti Dota 2 dan Dota Underlords. Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi platform tersebut masih lagi belum didedahkan oleh Valve.

Steam pada ketika ini masih lagi beroperasi di kawasan yang samar-samar dimana permainan yang ditawarkan platform tersebt tidak menerima pengesahan rasmi dari badan berkuasa di China. Dengan pelancaran rasmi Steam Platform kelak, permainan yang ditawarkan akan memerlukan pengesahan dari pihak berkuasa permainan di China sebelum ia boleh dijual.

Sumber : Daniel Ahmad (ZhugeX)