Dota 2

#TI9 Rangkuman Peringkat Kumpulan Dan Jadual Pusingan Akhir

1 tahun lalu

#TI9 Rangkuman Peringkat Kumpulan Dan Jadual Pusingan Akhir

Selepas empat hari berlangsung, peringkat kumpulan bagi kejohanan Dota 2 The International 2019 telah pun berakhir dan peletakan pasukan bagi pusingan main habis telah pun diketahui.

Bagi kumpulan A, pasukan PSG.LGD menduduki tempat pertama selepas berjaya mengakhiri perlawan-perlawanan mereka dengan 5 kemenangan dan 3 keputusan seri memberikan mereka 13 mata. Pasukan Secret, Newbee dan TNC Predator mengikut rapat dibelakang dengan masing-masing memperoleh keputusan 11 mata, 9 mata dan 9 mata. Keempat-empat pasukan mara ke pusingan main habis di bahagian kumpulan menang.

Bagi kedudukan kelima sehingga kelapan kumpulan A pula, ia dibarisi pasukan Alliance, Mineski, Team Liquid dan Keen Gaming yang akan mara ke bahagian kumpulan kalah. Di kedudukan tercorot sekali di dalam kumpulan A, pasukan Chaos Esports Club menjadi pemilik posisi tersebut selepas gagal memenangi sebarang siri perlawanan mereka, mengakhiri peringkat kumpulan dengan keputusan 3 seri dan 5 kekalahan. Oleh yang demikian, pasukan ini menjadi pasukan pertama tersingkir dari kejohanan.

Di kumpulan B pula, juara bertahan, pasukan OG membuktikan kemenangan mereka di edisi tahun lalu bukanlah sekadar tuah sahaja dan mempamerkan prestasi cemerlang, mengakhiri peringkat kumpulan dengan mata tertinggi iaitu 14 mata, hasil 6 kemenangan dan 2 keputusan seri. Mereka akan mara ke bahagian kumpulan menang bersama-sama dengan pasukan Vici Gaming, Evil Geninuses dan Virtus Pro yang masing-masing memperoleh 11 mata, 9 mata dan 8 mata.

Pasukan yang akan mewakili kumpulan B ke peringkat main habis di bahagian kumpulan kalah pula ialah Infamous, Fnatic, Natus Vincere dan Royal Never Give Up. Sementara itu, pasukan Ninjas in Pyjamas menjadi pasukan kedua tersingkir dari kejohanan selepas memperoleh nasib yang sama dengan pasukan Chaos, menamatkan peringkat kumpulan tanpa sebarang kemenangan dan hanya berjaya mengumpul 3 mata.

Sumber & keputusan penuh.

Berikut adalah peletakan dan jadual bagi peringkat main habis yang akan bermula pada hari Selasa, 20 Ogos ini. Peringat ini akan diadakan di lokasi utama kejohanan iaitu bertempat di Mercedes Benz Arena di Shanghai China. Pasukan-pasukan akan bertanding dihadapan para peminat untuk mencari juara dan pemilik Aegis of Champions seterusnya dan hadiah keseluruhan berjumlah lebih USD 33 juta.

(Saiz Penuh)

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri acara tontonan (pubstomp) kami di META.MY sudah pun menyediakan senarai acara yang akan diadakan di sekitar Malaysia. Anda boleh melayari pautan ini untuk melihat senarai acara tontonan yang tersedia berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments