Dota 2

Pembahagian Kumpulan Bagi Kejohanan The International 2019 Diumumkan

14/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pembahagian Kumpulan Bagi Kejohanan The International 2019 Diumumkan

Bacaan: < 1 minit

Kurang 24 jam sebelum bermulanya peringkat kumpulan bagi kejohanan The International 2019, Valve akhirnya mendedahkan senarai pembahagian kumpulan.

Peringkat kumpulan bagi edisi tahun ini tidak berbeza dengan tahun 2018 lalu dimana 18 pasukan yang layak ke kejohanan dibahagikan kepada dua kumpulan. Format perlawanan juga dikekalkan iaitu terbaik bagi dua siri perlawanan (BO2) dalam tanding padan gilir. Empat pasukan teratas di dalam kumpulan masing-masing akan mara ke kumpulan menang di acara utama dan pasukan tercorot di kedua kumpulan akan tersingkar dari kejohanan.

Baki lapan pasukan akan mara ke kumpulan kalah di acara utama. Berikut adalah pembagian kumpulan:

Kumpulan A

  • Alliance
  • Chaos Esports Club
  • Keen Gaming
  • Mineski
  • Newbee
  • PSG.LGD
  • Team Liquid
  • Team Secret
  • TNC Predator

Kumpulan B

  • Evil Geniuses
  • Fnatic
  • Infamous
  • Natus Vincere
  • Ninjas in Pyjamas
  • OG
  • Royal Never Give Up
  • Vici Gaming
  • Virtus Pro

Jadual bagi peringkat kumpulan dan acara utama pula boleh diakses di pautan ini. Ia akan bermula pada pukul 9 pagi esok dan boleh ditonton di laman Steam.tv, Twitch dan klien permainan Dota 2 dengan perlawanan kumpulan A diantara Team Secret dan The Alliance, Team Liquid dan Newbee, PSG.LGD dan Chaos TNC menentang Keen Gaming.

.