Dota 2

Ogre Magi Dan Windranger Adalah Finalis Undian Arcana Bagi The International 2019

14/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Ogre Magi Dan Windranger Adalah Finalis Undian Arcana Bagi The International 2019

Bacaan: < 1 minit

Esok bakal bermulanya peringkat kumpulan bagi kejohanan Dota 2 The International 2019 dan seperti tahun-tahun sebelumnya, battlepass bagi kejohanan kali ini turut menyertakan undian bagi proses pemilihan arcana.

Proses pemilihan ini kini telah pun mencapai fasa akhir dan dua finalis bagi undian arcana ini telah pun diketahui iaitu Ogre Magi dan Windranger. Ogre Magi memperoleh 15.5 juta undian di peringkat separuh akhir menewaskan Faceless Void yang memperoleh 11.4 juta undian. Windranger pula menewaskan Spectre dengan 12.6 juta undian berbanding 9.7 juta undian.

Pemenang bagi undian arcana ini kelak akan menjadi penerima arcana terbaru pada musim akan datang. Bagi anda yang masih tidak bagitu fasih dengan dunia Dota 2, arcana merupakan antara tahap tertinggi dan paling jarang bagi kostum di dalam permainan Dota 2. Kostum bertaraf arcana pada kebiasaanya mempunyai efek, animasi, ikon paling ekstensif berbanding dengan kostum bertaraf lainnya.

Proses undian bagi pusingan akhir ini akan tamat pada 20 Ogos ini dan bagi para pemilik battlepass, jangan lupa untuk mengundi hero pilihan anda.

Sumber : Wykrhm