Mobile Legends Tempatan

MPL MY/SG Musim Ke-4 Bakal Menggunakan Sistem Pengumpulan Mata Baharu

2 tahun lalu

MPL MY/SG Musim Ke-4 Bakal Menggunakan Sistem Pengumpulan Mata Baharu

Barisan pasukan yang akan bertanding di Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang MY/SG Musim 4 telah pun diketahui tidak lama dahulu dan terkini, lebih banyak perincian mengenai musim terbaru tersebut diumumkan.

Bagi musim ke-4 ini, pihak penganjur akan menggunakan sistem pengumpulan mata ranking baharu dimana kedudukan pasukan di papan pendahulu liga akan ditentukan menerusi jumlah kemenangan bagi perlawanan BO3 yang dimainkan mereka.

Sekiranya pemutus diperlukan, perbezaan diantara jumlah kemenangan dan kekalahan pasukan akan digunakan sebagai ukur penentu. Jika perbezaan kalah dan menang sesuatu kumpulan adalah sama, keputusan terakhir dalam kedudukan akan ditentukan oleh prestasi kumpulan tersebut sepanjang perlawanan (head-to-head).

Musim tetap kali ini akan bermula pada 24 Ogos ini dan akan berlangsung setiap hujung minggu sehingga 29 September. Empat pasukan terbaik di akhir musim tetap akan mara ke pusingan main habis di bahagian kumpulan menang , manakala pasukan di kedudukan ke-5 sehingga 8 pula akan mara ke bahagian kumpulan kalah. Baki 2 pasukan tercorot di musim tetap pula akan tersingkir dari liga.

Seperti mana musim terdahulu, semua pasukan di musim tetap akan terus menikmati subsidi mingguan sebanyak RM1,450 (US$350) bagi setiap pasukan serta hadiah bonus sehingga RM2,490 (US$600) untuk setiap pertandingan yang dimenangi.

Musim tetap ini akan bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu bermula pada pukul 4 petang dan boleh ditonton di laman Facebook rasmi liga di pautan ini. Namun begitu, bagi musim ini, para peminat MLBB sekitar Lembah Klang boleh hadir ke pesta tontonan secara langsung untuk menonton perlawanan Musim Liga.

Ia akan berlangsung pada 15, 21 dan 29 September di Rasta, Taman Tun Doktor Ismail Kuala Lumpur, dan akan menyertakan pelbagai aktiviti, hadiah menarik dan banyak lagi. Acara tontonan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua orang awam. Para peminat boleh terus ke laman Facebook MLBB untuk maklumat lanjut sekiranya berminat untuk menghadirinya.

Layari : Hub MPL MY/SG S4