Esukan FIFA

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Bekerjasama Dengan Gamesbond Anjur E-Piala Malaysia

1 tahun lalu

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Bekerjasama Dengan Gamesbond Anjur E-Piala Malaysia

Tidak mahu ketinggalan dengan trend semasa, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) didedahkan bakal menganjurkan kejohanan esukan bersempena dengan Piala Malaysia 2019 yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Pengendali kepada liga dan kejohanan bola sepak tempatan itu telah bekerjasama dengan Gamesbond (Gamesbond Global Sdn Bhd) untuk menganjurkan kejohanan FIFA 20 yang digelar sebagai E-Piala Malaysia. Beberapa pemain profesional tempatan juga telah dipilih bagi membuat penampilan di penganjuran kejohanan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam MFL merancang untuk turut hadir dengan liga e-sukan yang serupa bagi Liga Malaysia pada musim hadapan. Perancangan ini sudah pasti akan diterima baik para peminat dan pemain esukan tempatan apatah lagi apabila liga bola sepak antarabangsa lain seperti Bundesliga dan Liga Perdana Inggeris sudah pun mempunyai kejohanan esukan tersendiri mereka.

Sumber: FOX Sports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments