Dota 2

Selepas 8 Tahun, Dendi Akhirnya Berpisah Sepenuhnya Dengan Navi

Diterbitkan: 11/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Selepas 8 Tahun, Dendi Akhirnya Berpisah Sepenuhnya Dengan Navi

Bacaan: < 1 minit

Pemain lagenda Danil “Dendi” Ishutin hari ini diumumkan telah menamatkan kontrak beliau bersama dengan organisasi esukan Natus Vincere.

Selepas 8 tahun bersama, Natus Vincere menyatakan bahawa Dendi telah berhasrat untuk menamatkan kontrak beliau lebih awal dari yang tempohnya dan menghormati hasrat beliau itu, Navi bersetuju dengan permintaan tersebut.

Dendi telah bermain di bawah organisasi tersebut semenjak dari penghujung tahun 2010 yang lalu dan kekal bermain untuk skuad Dota NaVi sehingga Januari 2019 lalu sebelum dipinjamkan ke pasukan Tigers dan The Pango.

Dendi telah mewakili Navi bagi 1507 buah perlawanan profesional dan berjaya meraih pelbagai gelaran seperti juara The International pertama dan 2 gelaran naib juara bagi 2 tahun seterusnya untuk kejohanan tersebut. NaVi juga telah hadir dengan sebuah video khas bagi memberi penghormatan kepada beliau dan memperingati saat sepanjang mereka bersama.

Dendi pada ketika ini masih belum menetapkan hala tuju beliau selepas ini dan hanya akan mengumumkan perancangan beliau selepas tamatnya kejohanan The International 2019. Dendi akan menghadiri kejohanan tersebut sebagai salah seorang penganalisis bagi pasukan penyiaran bahasa Rusia.

*Kemaskini : Dendi kini telah menyediakan laman web khas bagi para peminat memberikan cadangan akan apa yang perlu dilakukan beliau selepas ini. Laman tersebut boleh di akses di pautan dendi.pro.

Sumber : Natus Vincere