Epic Games Fortnite

The Fortnite Champion Series (FNCS) Season X Akan Menawarkan Hadiah Berjumlah USD10 Juta

10/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

The Fortnite Champion Series (FNCS) Season X Akan Menawarkan Hadiah Berjumlah USD10 Juta

Bacaan: < 1 minit

Selepas berakhirnya Piala Dunia Fortnite tempoh hari, Epic Games mendedahkan bahawa langkah seterusnya bagi arena kompetitif Fortnite adalah penganjuran The Fortnite Champion Series (FNCS).

Perincian bagi musim pertama yang digelar sebagai Season X ini telah pun didedahkan hari ini memperlihatkan ia bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD10,000,000 meliputi keseluruhan rantau yang dipertandingkan.

Bermula pada minggu hadapan, Epic Games telah memilih format trio untuk dipertandingkan dimana sebanyak tiga pusingan akan diadakan setiap minggu, bagi tempoh 5 minggu. Pemenang bagi setiap minggu kemudiannya akan mara ke pusingan akhir Season X bagi rantau masing-masing. Namun begitu, pemain juga boleh mara ke pusingan akhir melalui kutipan mata setiap minggu yang direkod di papan pendahulu khas.

Pusingan akhir tersebut akan berlangsung pada 21 sehingga 23 September kelak. Lebih banyak perincian dan peraturan mengenai The Fortnite Champion Series (FNCS) ini akan diumumkan pada awal minggu hadapan. Dalam pada masa yang sama, Epic turut mengesahkan bahawa B.R.U.T.E (Mech) akan dikekalkan di dalam kejohanan ini dan sedang berusaha untuk menambah baik elemen terbaru permainan Fortnite itu.

Sumber : Epic Games