Dota 2

Organisasi Alliance Wujud Liga Dan Kejohanan Dota 2 Tersendiri, Alliance Major – Sertai Sekarang!

1 tahun lalu

Organisasi Alliance Wujud Liga Dan Kejohanan Dota 2 Tersendiri, Alliance Major – Sertai Sekarang!

Organisasi esukan terkemuka, Alliance meluaskan sayap mereka dengan kini menganjurkan acara esukan tersendiri.

Untuk permulaan, Alliance bakal menganjurkan sebuah liga dan pertandingan komuniti untuk permainan Dota 2. Kedua-dua acara ini pada ketika ini hanya terbuka kepada rantau Eropah dan Asia Tenggara sahaja. Liga ini akan dikenali sebagai Alliance League dan menurut perincian yang dipaparkan, sebanyak tiga pusingan kelayakan terbuka akan diadakan pada setiap musim.

Setiap pusingan kelayakan ini akan berlangsung selama empat minggu dan lima pasukan terbaik bagi setiap pusingan akan mara ke pusingan akhir. Liga ini juga akan menyediakan slot untuk melayakkan diri ke kejohanan Alliance Majors pada penghujung tahun ini. Pusingan kelayakan pertama bagi liga ini akan bermula pada 30 Ogos.

Bagi pertandingan komuniti pula, ia dilihat akan dianjurkan secara mingguan. Seperti mana liga diatas, pada ketika ini, ia hanya terbuka kepada pemain di Eropah dan Asia Tenggara sahaja. Pertandingan ini menawarkan hadiah US$200 dan Razer Silver setiap minggu. Kedua-dua acara ini memerlukan para peserta untuk menjadi ahli kelab Alliance, yang turut memberi peluang untuk ahli memenangi sesi berlatih bersama dengan pemain profesional milik pasukan Alliance.

Bagi anda yang berminat, pautan bagi edisi pertama diserta dibawah ini manakala edisi-edisi seterusnya akan dikemaskini di senarai kejohanan kami di pautan ini.

Daftar:

Layari : Alliance Hub

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments