Dota 2

Twitter Khas Untuk The International Dilancarkan Bersama-sama Dengan Barisan Pengulas Dan Personaliti Kejohanan

1 tahun lalu

Twitter Khas Untuk The International Dilancarkan Bersama-sama Dengan Barisan Pengulas Dan Personaliti Kejohanan

Salah sebuah kejohanan esukan paling berprestij di dunia, The International 2019 bakal bermula dalam masa seminggu sahaja lagi. Menjelang bermulanya kejohanan itu, Valve kini hadir dengan lebih banyak perincian berkaitan dengan kejohanan tersebut.

Mereka pertama sekali telah melancarkan sebuah akaun Twitter khas bagi acara tersebut, twitter.com/dota2ti memfokuskan kepada komunikasi berkaitan dengan perjalanan kejohanan tersebut. Valve juga telah mendedahkan barisan pengulas, pengacara dan personaliti yang akan membarisi penyiaran kejohanan tersebut.

Bagi edisi tahun ini, Valve dilihat telah menyertakan lebih ramai pemain di dalam barisan personiliti kejohanan. Ramai pemain yang gagal melayakkan diri ke kejohanan dijempt untuk hadir sebagai penganalisis bagi ketiga-tiga pasukan penyiaran utama iaitu siaran Bahasa Inggeris, Rusia dan China. Antaranya adalah Gunnar, Febby, SCCC, Dendi dan ramai lagi.

Valve juga menyiarkan peratusan hadiah bagi kejohanan memperlihatkan juara kejohanan bakal menerima 45.5% dari jumlah keseluruhan, yang pada ketika ini bernilai lebih USD 14,596,851 !

Sumber : Wykrhm / Dota 2 Blog

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments