Dota 2

Red Bull Menerbitkan Dokumentari ‘Against The Odds’ Memaparkan Kisah Pasukan OG

08/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Red Bull Menerbitkan Dokumentari ‘Against The Odds’ Memaparkan Kisah Pasukan OG

Bacaan: < 1 minit

Pasukan OG memperlihatkan kisah penuh magikal mengejut ramai pihak dengan menjuarai kejohanan The International 2018 lalu.

Hadir sebagai pasukan yang dilihat paling teruk di kejohanan tersebut, perjalanan mereka meraih Aegis of Champions merupakan antara momen terbaik di dalam sejarah Dota 2. Red Bull, penaja utama bagi pasukan tersebut, kini hadir dengan sebuah dokumentari khas, menyiarkan perjalanan mereka di kejohanan tersebut dengan lebih terperinci termasuk pelbagai perkara yang berlaku di sebalik tabir.

Berbanding dengan dokumentari True Sight yang diterbitkan oleh Valve yang memfokuskan kepada perlawanan akhir sahaja, dokumentari Against All Odds ini lebih menyeluruh, menyentuh dari saat awal Notail menyertai arena kompetitif Dota 2 di pasukan Fnatic dahulu sehingga kini. Dokumentari ini boleh ditonton di laman web Red Bull di pautan ini ata di laman youtube mereka.