Dota 2

Bersempena Dengan The International, Beruang Virtus Pro Bertukar Menjadi Panda

1 tahun lalu

Bersempena Dengan The International, Beruang Virtus Pro Bertukar Menjadi Panda

Pasukan Virtus Pro nampaknya begitu teruja untuk kembali bertanding di kejohanan The International. Oleh kerana untuk pertama kalinya kejohanan ini bakal diadakan di China, organisasi esukan ternama tersebut telah mengumumkan bahawa mereka telah mencipta akaun di laman sosial Weibo beberapa hari yang lalu.

Akaun tersebut diwujudkan bagi memudahkan para peminat mereka di China berkomunikasi terus dengan pasukan kegemaran mereka. Virtus Pro jga telah bekerjasama dengan agensi pemasaran Red Lantern bagi menguruskan jenama mereka di China.

Terkini, Virtus Pro mendedahkan bahawa mereka telah melakukan sedikit perubahan terhadap penjenamaan mereka khas untuk kejohanan kali ini. Oleh kerana Shanghai bakal menjadi tuan rumah, Virtus Pro telah merubah logo mereka yang memaparkan beruang kutub kepada panda gergasi, haiwan kebangsaan di China.

Mereka juga telah merubah warna tema mereka iaitu jingga kepada warna merah yang simbolik di negara China dan hadir dengan nama panggilan khas dalam bahasa Mandarin. Usaha mereka merubah identiti visual mereka ini bagi menyambut kejohanan ini merupakan langkah yang baik untuk memperlihatkan bahawa mereka amat teruja untuk hadir bertanding.

Dengan kebanyakan pasukan hanya merubah reka bentuk jersi pasukan sahaja, kebiasaanya menjelang kejohanan besar, usaha Virtus Pro melakukan perubahan yang lebih menyeluruh ini pasti memberikan para peminat mereka keyakinan bahawa mereka serius untuk hadir bertanding di kejohanan ini.

Sumber : Virtus Pro

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments