Dota 2

Perfect World Muat-naik Video Acah Menjelang Bermulanya Kejohanan The International 2019

2 tahun lalu

Perfect World Muat-naik Video Acah Menjelang Bermulanya Kejohanan The International 2019

Kejohanan Dota 2 The International 2019 bakal bermula dalam masa 9 hari sahaja lagi. Bagi menyambut kedatangan kejohanan esukan dengan hadiah terbesar itu, pengendali Dota 2 di China, Perfect World telah memuat-naik sebuah video acah khas.

Video khas tersebut memaparkan kompilasi babak-babak penting yang pernah terjadi di dalam sejarah penganjuran kejohanan The International semenjak ia bermula pada tahun 2011 lalu. Kejohanan The International 2019 akan bermula pada 15 Ogos ini dengan 18 pasukan terbaik dari seluruh dunia menghadirinya.

Hadiah kejohanan ini merupakan yang terbesar bagi acara esukan dengan pada ketika ini berjumlah USD31,872,039 dan masih meningkat naik. Kejohanan ini untuk pertama kalinya akan diadakan di benua Asia bertempat di Mercedes Benz Arena di Shanghai, China.