Esukan Tempatan

Proses Rombakan Esports Malaysia (ESM) Berterusan – Bakal Bertukar Identiti Kepada Malaysia Esports Federation (MESF)

04/08/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Proses Rombakan Esports Malaysia (ESM) Berterusan – Bakal Bertukar Identiti Kepada Malaysia Esports Federation (MESF)

Bacaan: < 1 minit

Badan pentadbir rasmi sukan elektronik (esukan) di Malaysia, Esports Malaysia (ESM – Persatuan Sukan Elektronik Malaysia) telah mengadakan sebuah mesyuarat agung luar biasa pada hari Sabtu, 3 Ogos bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan arena esukan tempatan.

Hasil pertemuan dan berbincangan tersebut, ESM didedahkan bakal meneruskan proses rombakan mereka dengan kini bakal menukar identiti semasa kepada yang baharu. Pada akhir bulan Jun 2019 yang lalu, ESM telah melantik ahli jawatankuasa induk baharu dalam usaha mereka mereformasi persatuan tersebut.

Dijangka akan diumumkan secara rasmi pada Jumaat minggu hadapan, ESM akan kelak dikenali sebagai Persekutuan Sukan Eletronik Malaysia (Malaysia Esports Federation – MESF) dan juga akan memperkenalkan logo baharu bersesuaian dengan nama tersebut. Perubahan ini pada ketika ini masih menunggu kelulusan daripada pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).

Keputusan ini dinyatakan sebagai langkah untuk menyelaraskan nama badan tersebut dengan Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) dan Persekutuan Sukan Elektronik Antarabangsa (IESF). Di dalam mesyuarat yang sama juga, ESM telah memperkenalkan barisan jurulatih yang telah dipilih bagi memimpin pasukan esukan negara di temasya Sukan Asia Tenggara Filipina. Berikut adalah senarai jurulatih tersebut:

  • Ketua Jurulatih – Ahmad Syazwan Anuar (ADTR)
  • Dota 2 – Yap Chee Loong (Kenchi Yap)
  • Mobile Legends Bang Bang – Mohd Amirul Aiman (KOMAN)
  • Arena of Valor – Goh Wee Thean (KIMORA)
  • Tekken 7 – Ahmad Tarmizi Mohamad Fozi (LAPHEL)
  • Hearthstone – TBA
  • Starcraft 2 – TBA
  • Pengurus Pasukan – Firdaus Hashim (MasterRamen)

Selain daripada itu, Axis Esports Club juga telah dilantik sebagai Agen Pemasaran dan Kontraktor Pembangunan Atlet bagi membantu persediaan pasukan esukan negara.

Sumber : Harian Metro