Esukan Tempatan

Tenaga Nasional Berhad Melibatkan Diri Dengan Esukan, Taja Axis Esports League

2 tahun lalu

Tenaga Nasional Berhad Melibatkan Diri Dengan Esukan, Taja Axis Esports League

Syarikat bekalan tenaga elektrik yang terbesar di Malaysia, Tenaga Nasional berhad buat pertama kalinya telah terlibat di dalam arena esukan tempatan apabila mereka kini diumumkan sebagai penaja kepada Liga Esukan Axis (Axis Esports League).

Axis Esports League merupakan sebuah liga yang dianjurkan oleh Axis Esports Club melibatkan beberapa permainan seperti Call of Duty: Black Ops 4, Pro Evolution Soccer, PUBG dan Arena of Valor. Axis Esports Club semenjak dilancarkan pada tahun 2018 lalu telah aktif di dalam industri esukan tempatan, menaja pasukan dan menganjurkan liga esukan.

Bagru-baru ini, Axis Esports Club juga telah dilantik sebagai Agen Pemasaran dan Kontraktor Pembangunan Atlet oleh Esports Malaysia (ESM) untuk persediaan ke temasya Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games).

Penglibatan syarikat besar seperti TNB ini sudah pasti akan memberikan kesan positif terhadap pembangunan arena esukan tempatan. Penglibatan syarikat korporat seperti TNB, Petronas, AirAsia di dalam esukan dapat membantu menaikkan taraf industri ke tahap yang lebih tinggi dan memberikan lebih kepercayaan kepada masyarakat umum untuk turut sama mengikuti aktiviti esukan.

Sumber : Axis Esports