League of Legends Riot Games

Riot Games Didedahkan Sedang Membangunkan Permainan Bergenre Pertarungan (FGC)

2 tahun lalu

Riot Games Didedahkan Sedang Membangunkan Permainan Bergenre Pertarungan (FGC)

Pembangun kepada permainan popular League of Legends, Riot Games hari ini disahkan sedang membangunkan sebuah permainan baharu bergenre pertarungan/pertempuran (fighting games).

Perkara ini didedahkan oleh Tom Cannon, pengasas kepada Evolution Championship Series (EVO) dan juga pekerja bagi Riot Games di acara EVO 2019 di Las Vegas. Menurut beliau, pembangun permainan ini masih lagi diperingkat awal dan tiada sebarang perincian, tarikh pelancaran mahupun tajuk permainan dapat dikongsikan pada ketika ini.

Perkara ini sudah pasti menerujakan pelbagai pihak terutamanya ia akan menjadi permainan kedua yang dibangunkan oleh Riot Games selepas League of Legends.