Dota Underlords

Underlords Bertukar Kepada Permainan 1 Lawan 1, Tiada Lagi Item ‘Alliances’ Dalam Kemaskini Terkini

02/08/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Underlords Bertukar Kepada Permainan 1 Lawan 1, Tiada Lagi Item ‘Alliances’ Dalam Kemaskini Terkini

Bacaan: 2 minit

Permainan Dota Underlords yang pada ketika ini berada di dalam fasa ujian beta sedang aktif dibangunkan oleh Valve. Setiap minggu, kemaskini terbaru dilancarkan dalam saha mereka menambahbaik permainan tersebut dan minggu ini juga tidak terkecuali.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, permainan Underlords kini akan menggunakan sistem satu lawan satu dan para pemain tidak lagi akan menentang klon pihak lawan (kecuali kekurangan pemain). Diantara kesemua lapan pemain, permainan akan dilakukan secara berpasangan, satu lawan satu, memberikan satu hasil satu perlawanan sahaja berbanding dengan sebelum ini.

Sebelum ini jika menentang klon lawan, kedua-dua pemain boleh memenangi perlawanan masing-masing walaupun tiada perbezaan unit dan posisi kerana kedua-dua perlawanan adalah unik dan tidak terkait berbeza dengan sistem 1 lawan 1 baharu ini.

Selain daripada it, sistem ranking juga telah diubah dengan kini para pemain boleh melihat nombor nilai ranking mereka memberikan para pemain kaedah yang lebih jelas untuk melihat perkembangan tahap mereka. Bersama dengannya, pemain juga kini boleh bermain mod permainan kasual tanpa risau kehilangan nilai mata tahap masing-masing, terutamanya bagi mencuba strategi baharu.

Akhir sekali, kemaskini ini juga membawakan beberapa perubahan dan fungsi lain seperti sistem pencapaian, kemaskini kosmetik membezakan tahap hero, reroll percuma bagi pemain yang tewas, dan pembuangan item bagi alliances.

Bagi anda yang bermain permainan Dota Underlords ini, nota kemaskini penuh boleh dibaca di pautan ini bagi memahami kesemua perubahan yang telah dilakukan oleh pihak pembangun.