Mixer Penstriman Twitch

Ninja Meninggalkan Twitch – Umum Bakal Strim Eksklusif Di Mixer

1 tahun lalu

Ninja Meninggalkan Twitch – Umum Bakal Strim Eksklusif Di Mixer

Richard Tyler Blevins, penstrim permainan video popular yang lebih dikenali sebagai Ninja melakukan pengumuman mengejutkan hari ini apabila mengumumkan bahawa beliau tidak lagi akan melakukan strim di laman Twitch dan akan berpindah ke laman penstriman Mixer secara eksklusif.

Pernah digelar sebagai wajah kepada Twitch, ramai peminat tidak menjangkakan perpindahan ini bakal terjadi. Ninja pada ketika ini merupakan penstrim dengan jumlah pengikut tertinggi di laman Twitch iaitu melebihi 14 juta orang pengikut.

Bagi meraikan perjanjian eksklusif ini, Mixer memberi para peminat melanggan secara percuma bagi bulan pertama di saluran Ninja di laman tersebut. Kedua-dua pihak bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai nilai perjanjian eksklusif mereka ini dan sebarang butiran mengenainya.

Paparan laman utama Mixer.com

Ramai peminat dan permerhati bagaimanapun memberikan reaksi yang baik terhadap pengumuman ini. Dengan beberapa kontroversi yang melanda laman Twitch terutamanya di dalam perihal pengendalian pengantungan penstrim di laman mereka, ramai berharap agar perjanjian ini membuka mata Twitch untuk menambahbaik perkhidmatan mereka.

Bagi anda yang tidak mengenali Mixer, ia merupakan laman penstriman milik Microsoft yang dilancarkan pada tahun 2015 lalu. Walaupun tidak sepopular laman Twitch yang dimiliki oleh Amazon, Mixer masih memperlihatkan perkembangan jumlah pengguna yang baik dari tahun ke tahun. Dengan hadirnya penstrim popular seperti Ninja ke platform tersebut, tidak mustahil ia bakal melonjat naik dengan lebih pantas lagi.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments