Fortnite

Piala Dunia Fortnite Peroleh Jumlah Penonton Serentak Mencapai Angka 2.3 Juta Orang – Atasi Rekod LoL Worlds 2018

Diterbitkan: 01/08/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Piala Dunia Fortnite Peroleh Jumlah Penonton Serentak Mencapai Angka 2.3 Juta Orang – Atasi Rekod LoL Worlds 2018

Bacaan: 2 minit

Pada 26 sehingga 28 Julai yang lalu, Piala Dunia Fortnite telah berlangsung di Stadium Arthur Ashe, New York memperlihatkan kesemua USD30 juta hadiah yang ditawarkan diberikan kepada para pemenang.

Usai tamat kejohanan tersebut, Epic Games kini telah berkongsikan beberapa statistik menarik berkaitan dengan penganjuran acara tersebut yang berjaya mencipta rekod baharu. Antaranya adalah penjualan tiket acara yang berjaya dihabiskan dengan lebih 19 ribu penonton menghadiri acara selama tiga hari tersebut.

Bagi jumlah penonton dalam talian pula, ia mencipta rekod baharu apabila melepasi angka puncak 2.3 juta penonton serentak (dengan penonton dari China terkecuali) mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh kejohanan League of Legends Worlds Championship 2018 yang memperoleh 2.05 juta penonton serentak.

Jumlah tersebut berjaya diperoleh menerusi tontonan dari platform Youtube dan Twitch sahaja dan tidak termasuk dengan penonton di dalam klien permainan dan platform lainnya. Epic Games bagaimanapun tidak berkongsikan jumlah penonton lain ini yang sudah pasti jika disertakan akan menyebabkan nilai tersebut meningkat dengan lebih banyak lagi.

Sumber : https://escharts.com/
Sumber : https://escharts.com/

Kejayaan acara Piala Dunia Fortnite sulung ini mencipta rekod bukanlah sesuatu yang mengejutkan terutamanya jika dilihat dengan kepopularan permainan itu pada masa kini lebih-lebih lagi dikalangan golongan belia. Epic Games juga telah mengumumkan penganjuran Fortnite Championship Series bagi meneruskan sisi kompetitif permainan tersebut bagi musim akan datang ini.

Maklumat lanjut mengenai siri kejohanan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat. Fortnite Championship Series dijangka akan menjadi produk hasil penghijrahan Nate Nanzer dari Liga Overwatch ke Epic Games dalam usaha mereka menambahbaik sisi kompetitif permainan Fortnite.

Sumber : Epic Games, Esports Chart