Fortnite

Remaja 16 Tahun Juarai Piala Dunia Fortnite – Bawa Pulang USD3 Juta

Diterbitkan: 29/07/2019 2 minit bacaan

Penulis:

Remaja 16 Tahun Juarai Piala Dunia Fortnite – Bawa Pulang USD3 Juta

Bacaan: 2 minit

Pada penghujung minggu lalu, acara Piala Dunia Fortnite telah berlangsung meriah, mempertandingkan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia bagi merebut hadiah USD30 juta yang ditawarkan oleh Epic Games.

Permainan battle royale popular itu telah memulakan pusingan kelayakan bagi Piala Dunia ini dari bulan April 2019 lalu memperlihatan lebih 40 juta orang pemain dari seluruh dunia mencuba nasib menyertainya. Daripada jumlah tersebut, 200 orang pemain telah melayakkan diri ke pusingan akhir ini iaitu 50 pasangan duo dan 100 orang pemain solo.

Dengan jumlah hadiah yang ditawarkan amat besar berbanding dengan esukan lainnya, Piala Dunia Fortnite ini menerima tumpuan ramai terutamanya dengan purata umur pemain yang layak ke pusingan akhir ini adalah serendah 16 tahun. Bagi piala dunia ini, selain daripada kategori utama iaitu solo dan duo, beberapa kategori lain turut dipertandingkan seperti Fortnite Pro-AM dan Fortnite World Cup Creative.

Untuk kategori solo, Kyle “Bugha” Giersdorf pemain berusia 16 tahun dari organisasi Sentinels mempamerkan aksi cemerlang, memenangi satu daripada enam pusingan yang dimainkan dan memperoleh kedudukan yang baik bagi lima pusingan lainnya sekaligus berjaya mengumpul mata tertinggi berjumlah 59 mata. Beliau jauh meninggalkan pemain lain dengan pemain di tempat kedua, psalm hanya berjaya mengumpul 33 mata.

Bagi kategori duo pula, ia berlangsung dengan lebih sengit dan perbezaan mata diantara pemenang tidak terlalu besar berbanding dengan kategori solo. Pasangan duo dari pasukan Cooler Esport, Nyrox dan aqua memperoleh tempat pertama dengan 51 mata. Tempat kedua pula dimiliki oleh Wolfiez dan Rojo yang memgumpul 47 mata.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap ketegori:

Solo

  1. Bugha (Sentinels) – $3,000,000
  2. psalm (Counter Logic Gaming) – $1,800,000
  3. EpikWhale (NRG Esports) – $1,200,000
  4. Kreo (Lazarus Esports) – $1,050,000
  5. King (9z Team)- $900,000

Duo

  1. Nyhrox & aqua (Cooler Esport) – $3,000,000
  2. Wolfiez & Rojo (Lazarus Esports) – $2,250,000
  3. Ceice & Elevate (100 Thieves) $1,800,000
  4. Zayt (NRG Esports) & Saf (Ghost Gaming) – $1,500,000
  5. Arkhram (100 Thieves) & Falconer – $900,000

Pro-AM (Kategori Kebajikan)

  1. Airwaks & RL Grime (USD 1,000,000)
  2. SinOoh & Oking (USD 500,000)
  3. Jelty & Gaborever (USD 250,000)
  4. Jacob & Clare Grant (USD 100,000)
  5. Tfue & Nav (USD 85,0000)

Creative

  1. Fish Fam (USD 1345000)
  2. Funky Figthers (USD 345000)
  3. Reven’s Revenge (USD 315000)
  4. Lil Whip Warriors (USD 295000)
  5. Chicken Champions (USD 270000)

(Senarai penuh pemenang)