Auto Chess (Drodo)

Ujian Beta Bagi Permainan Auto Chess Untuk PC Kini Bermula

21/07/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Ujian Beta Bagi Permainan Auto Chess Untuk PC Kini Bermula

Bacaan: < 1 minit

Dragonest dan Drodo Studio lewat malam semalam secara rasminya telah memulakan ujian beta bagi permainan Auto Chess untuk platform PC.

Pembangun disebalik mod permainan Dota Auto Chess yang mempopularkan genre permainan autobattler itu memaklumkan bahawa ujian beta ini akan memfokuskan kepada ujian teras permainan sahaja dan sebarang data pemain tidak akan dikekalkan usai tamat ujian tersebut.

Bagi para pemain yang telah melakukan pendaftaran awal untuk menyertai ujian beta ini, kod serial permainan boleh didapati di laman rasmi Auto Chess di pautan ini. Kod serial ini kemudiannya harus ditebus di kedai permainan Epic Games Store yang telah menjalinkan kerjasama dengan pihak pembangun sebagai kedai permainan eksklusif versi pc ini.

Pada ketika ini, pihak pembangun masih lagi belum mengumumkan berapa lamakah tempoh masa ujian beta ini akan berlangsung sebelum ia dilancarkan kepada umum.