Dota 2

Jumlah Hadiah The International 2019 Melepasi Nilai USD30 Juta, Atasi Fortnite World Cup Finals

21/07/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Jumlah Hadiah The International 2019 Melepasi Nilai USD30 Juta, Atasi Fortnite World Cup Finals

Bacaan: < 1 minit

Saban tahun komuniti Dota 2 terus berjaya meningkatkan jumlah hadiah terkumpul bagi kejohanan The International. Bagi tahun 2019 ini, mereka bukan sahaja berjaya memecahkan rekod hadiah bagi edisi tahun lalu, malah berjaya memberikan peningkatan yang jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ketika artikel ini ditulis, jumlah hadiah terkumpul bagi The International 2019 telah mencapai angka USD 30,001,489 (~RM123,300,119) dan meningkat naik. Jumlah ini adalah sekitar USD 8,446,869 lebih banyak berbanding tahun lalu yang berakhir dengan nilai USD25,532,177, memperlihatkan peningkatkan sekitar 30% peratus.

Dengan ini juga, The International sekali lagi memegang takhta sebagai kejohanan esukan tunggal yang menawarkan hadiah terbesar mengatasi rekod yang dipegang oleh kejohanan Fortnite World Cup Finals yang menawarkan hadiah sebesar USD30 juta.

Sumber : http://dota2.prizetrac.kr/international2019

Jumlah hadiah kejohanan The International ini akan terus meningkat naik memandangkan masih ada sekitar 35 hari lagi sebelum berakhirnya tempoh pengumpulan dana melalui pembelian battle pass The International ini.

The International 2019 akan berlangsung di China bertempat di Mercedes-Benz Arena di Shanghai 15 Ogos 2019 sehingga 25 Ogos 2019 kelak. Sebanyak 18 pasukan telah melayakkan diri ke kejohanan ini bagi merebut hadiah melebihi USD30 juta tersebut.