CSGO Dota 2

PolyStrike, Permainan Yang Menggabungkan Dota 2 Dan CSGO!

1 tahun lalu

PolyStrike, Permainan Yang Menggabungkan Dota 2 Dan CSGO!

Pernahkah anda membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya dua permainan popular yang dibangunkan oleh Valve iaitu Dota 2 dan Counter Strike : Global Offensive bergabung menjadi sebuah permainan baharu?

PolyStrike merupakan sebuah permainan baharu yang sedang dibangunkan oleh Mark Mocherad, dimana ia merupakan permainan tembak-menembak berasaskan CSGO namun dimainkan di dalam sudut pandang atas seperti permainan Dota 2.

Pada ketika ini, PolyStrike masih berada di dalam mod ujian alfa namun dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2019 ini. Permainan ini akan boleh dimainkan di dalam arked permainan Dota 2 secara percuma selepas ia dilancarkan kelak.

Permainan ini dimainkan seperti permainan asal CSGO iaitu secara berpasukan, bertarung diantara pihak Counter Terrorist dan Terrorist namun dikawal seperti permainan Dota 2 iaitu melalui sudut pandang atas. Oleh kerana ia menggunakan sudut pandang atas, jarak penglihatan pemain juga terhad kerana permainan ini mempunyai kabus pandangan (fog of war) seperti Dota 2.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai ujian alfa permainan PolyStrike ini, ujian alfa berbayar boleh disertai melalui laman Patreon pembangun. Berikut merupakan rakaman permainan versi alfa permainan ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments