Dota 2

Hero Persona Pertama Dota 2, Young Invoker Kini Boleh Dimainkan

1 tahun lalu

Hero Persona Pertama Dota 2, Young Invoker Kini Boleh Dimainkan

Ketika battle pass The International 2019 diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu, Valve mengumumkan bahawa untuk pertama kalinya, sebuah hero bakal menerima persona serba baharu, memberikan model alternatif untuk digunakan para pemain ketika menggunakan hero tersebut.

Valve mengumumkan bahawa Invoker bakal menjadi penerima persona pertama ini dimana ia akan menerima model baharu yang digelar sebagai ‘Acolyte of the Lost Arts’, yang merupakan sebuah model kanak-kanak. Berbanding dengan kostum biasa yang merubah rupa luaran atau kosmetik sesebuah hero, persona secara amnya merupakan model baharu yang membawakan perubahan secara keseluruhannya kepada hero tersebut, membolehkan ia membawakan watak baharu namun mengekalkan kesemua abiliti hero tersebut.

Seperti contoh, tidak mustahil pada masa akan datang, hero lelaki akan menerima persona baharu dan menjadi wanita dan sebaliknya, hero berbadan besar menjadi kurus dan pelbagai lagi. Bagi persona Young Invoker ini, ia hadir dengan animasi baharu, pelakon suara kanak-kanak, aset baharu dan slot item tersendiri, membolehkan persona ini menerima kemaskini kosmetik mahupun kostum baharu pada masa akan datang.

Persona ‘Acolyte of the Lost Arts’ ini boleh dinyahkuncikan pemilik battle pass yang telah mencapai tahap 305 pada pas mereka.

Layari : Acolyte of the Lost Arts

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments