Dota Underlords

Kemaskini Pertengahan Musim Dota Underlords Membawakan Perubahan Besar Corak Permainan, Papan Permainan Baharu Dan Banyak Lagi

19/07/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Kemaskini Pertengahan Musim Dota Underlords Membawakan Perubahan Besar Corak Permainan, Papan Permainan Baharu Dan Banyak Lagi

Bacaan: < 1 minit

Dota Underlords, permainan autobattler yang dibangunkan oleh Valve terus ditambah baik saban minggu dan kini bakal menerima kemaskini pertengahan musim yang membawakan pelbagai perubahan besar terhadap permainan itu.

Pertama sekali, berkaitan dengan pas ‘Proto Pass’ yang diperkenalkan pada minggu lalu, para pemain kini boleh mengakses papan pemuka pas tersebut bagi menetapkan dan memilih efek atau fungsi yang telah dinyakkunci untuk digunakan. Papan permainan baharu yang lebih cerah, bertemakan radiant, Path to Sunbreeze juga sedia untuk digunakan.

Selepas ini juga, pemain akan memeroleh mata pengalaman yang lebih banyak dari sesi permainan mereka. Keputusan pemain usai tamat permainan akan memberikan lebih banyak mata mengikut kedudukan dan cabaran harian juga akan turut memberikan lebih banyak mata pengalaman.

Akhir sekali, kemaskini ini akan merubah pelbagai alliances, item permainan dan butiran hero sekaligus merubah corak permainan dan meta sedia ada. Beberapa hero kini telah bertukar alliances. Pihak pembangun turut mengesahkan bahawa pertukaran dari permainan lawan klon kepada permainan pemain lawan pemain, walau telah siap dibangunkan hanya akan hadir pada kemaskini akan datang.

Bagi anda yang mahu membaca nota lengkap kemaskini pertengahan musim ini, anda boleh melayari pautan ini. Kemaskini ini dijangka akan hadir pada awal pagi esok (Sabtu) di Malaysia.