Dota 2

Pusingan Kelayakan The International 2019 Tamat – 18 Pasukan Yang Akan Bertanding Di Shanghai Kini Lengkap

1 tahun lalu

Pusingan Kelayakan The International 2019 Tamat – 18 Pasukan Yang Akan Bertanding Di Shanghai Kini Lengkap

Hari ini merupakan hari terakhir berlangsungnya pusingan kelayakan bagi kejohanan Dota 2 The International 2019 dan senarai pemenang bagi kesemua enam rantau utama permainan itu telah pun diketahui.

Berikut adalah senarai enam pasukan dari psingan kelayakan tersebut:

  • Amerika Utara (NA) : Forward Gaming Newbee
  • Amerika Selatan (SA) : Infamous
  • Eropah (EU) : Chaos Esports Club
  • Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) : Natus Vincere
  • Asia Tenggara (SEA) : Mineski
  • China : Royal Never Give Up

Mereka akan menyertai 12 pasukan jemputan yang telah diumumkan sebelum ini untuk bertanding di kejohanan The International 2019 yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini di Shanghai, China. Pada edisi kali ini juga, lima orang pemain dari Malaysia telah melayakkan diri, iaitu penambahan satu orang pemain berbanding dengan edisi tahun lalu.

Lima orang pemain tersebut adalah Midone (Team Secret), ah fu (RNG), Moon (Mineski), vtFaded (Chaos EC) dan xNova (PSG.LGD). Berikut pula adalah senarai 12 pasukan yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan The International 2019:

  • Team Secret (EU)
  • Virtus Pro (CIS)
  • Vici Gaming (China)
  • Evil Geniuses (NA)
  • PSG.LGD (China)
  • Team Liquid (EU)
  • Fnatic (SEA)
  • Ninjas in Pyjamas (EU)
  • TNC Predator (SEA)
  • OG (EU)
  • Alliance (EU)
  • Keen Gaming (China)

Kemaskini : Forward Gaming menghentikan operasi organisasi mereka kerana masalah kewangan. Skuad Dota 2 mereka kini diambil alih oleh organisasi Newbee dan akan mewakili organisasi tersebut di The International 2019.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments