Dota Underlords

Dota Underlords Memperkenalkan Protopass – Sistem Prototaip Battlepass Untuk Diuji Pemain

2 tahun lalu

Dota Underlords Memperkenalkan Protopass – Sistem Prototaip Battlepass Untuk Diuji Pemain

Seperti yang diumumkan sebelum ini, permainan Dota Underlords bakal menggunakan Battle Pass sebagai sistem pengewangan utama mereka.

Hari ini, Battle Pass tersebut tiba di klien permainan. Digelar sebagai Proto Pass, ia akan memfokuskan kepada ujian dan maklumbalas dari pemain bagi persediaan menjelang pelancaran rasmi permainan ini kelak.

Memandangkan ia adalah ujian dan permainan ini sendiri masih lagi di dalam fasa ujian beta, Proto Pass ini boleh dimiliki secara percuma untuk semua pemain. Sepertimana kebanyakkan battle pass lainnya, kandungan pas ini tidak akan memberikan kesan atau fungsi tambahan kepada asas permainan dan hanya memberikan kesan terhadap kosmetik permainan sahaja.

Antara kandungan Proto Pass ini adalah peta baharu, efek kemenangan, efek teleportasi, panji dan bingkai gambar profil. Bagi menaiktarafkan mata pengalaman (XP) Proto Pass ini, pemain hanya perlu bermain mod permainan biasa (ranking) atau mod permainan bot di tahap kesukaran hardcore. Pemain juga boleh menyelesaikan cabaran harian bagi memperoleh mata pengalaman tambahan yang lebih banyak.

Layari : Dota Underlords Proto Pass