Mobile Legends Tempatan

Mobile Legends Professional League (MPL MYSG) Kembali Untuk Musim Ke-4

1 tahun lalu

Mobile Legends Professional League (MPL MYSG) Kembali Untuk Musim Ke-4

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY/SG) bakal kembali untuk musim ke-4.

Liga esukan profesional permainan Mobile Legends ini akan kembali bermula tidak lama lagi bagi mempertarungkan pasukan Mobile Legends terbaik dari Singapura dan Malaysia. Perkara ini didedahkan di laman Facebook rasmi permainan ini yang mengumumkan bahawa pendaftaran bagi pusingan kelayakan terbuka untuk Malaysia telah bermula seawal hari ini.

MPL musim ke-4 ini dilihat akan mengekalkan jumlah hadiah yang ditawarkan seperti musim-musim sebelum ini iaitu sebesar USD100,000 keseluruhannya. Sebanyak empat pasukan, dua pasukan dari pusingan kelayakan Malaysia dan dua daripada pusingan kelayakan Singapura akan mara ke musim tetap MPL.

Pusingan kelayakan terbuka bagi Malaysia akan berlangsung pada 19 sehingga 21 Julai ini. Bagi pasukan jemputan pula, walaupun masih belum diumumkan, sebanyak 6 pasukan dari musim lalu akan menerima jemputan terus ke liga ini.

Pada musim lalu, pasukan Geek Fam menewaskan pasukan Evos SG di perlawanan akhir liga dengan keputusan 3-1 untuk mengekalkan kejuaraan bagi pasukan Malaysia bagi dua musim berturut-turut. Geek Fam juga turut membawa pulang hadiah berjumlah USD25,000.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan diri musim ini, sila layari pautan ini dan mendaftar sebelum tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 14 Julai.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments