Auto Chess (Drodo)

Tencent Akan Menerbitkan Auto Chess Di China Dan Akan Melancarkan Versi Tersendiri Digelar Chess Rush

03/07/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Tencent Akan Menerbitkan Auto Chess Di China Dan Akan Melancarkan Versi Tersendiri Digelar Chess Rush

Bacaan: < 1 minit

Trend populariti permainan bergenre autobattler nampaknya akan terus meningkat naik apabila kali ini, syarikat gergasi China, Tencent pula sah melibatkan diri di dalam genre ini.

Dragonest dan Drodo Studio telah mengumumkan bahawa mereka telah menjalinkan kerjasama dengan Tencent bagi bersama menerbitkan permainan Auto Chess secara rasmi di China. Drodo Studio merupakan pembangun asal di sebalik mod permainan Dota Auto Chess di dalam arked Dota 2. Pada ketika ini, mereka telah menerbitkan permainan Auto Chess di platform Android, iOS dan bakal melancarkan versi PC (Alpha) pada minggu hadapan di Epic Games Store.

Dalam pada masa yang sama, Tencent juga bakal melancarkan permainan autobattler tersendiri mereka melalui Tencent Games. Dinamakan sebagai Chess Rush, ia dijangka akan dilancarkan pada beberapa hari lagi di platform Android dan iOS. Berbeza dengan Auto Chess, permainan ini adalah sepenuhnya milik Tencent dan tidak melibatkan pihak lain.

Jadi, permainan autobattler manakah yang akan anda mainkan? Teamfight Tactics oleh Riot Games, Dota Underlords oleh Valve, Auto Chess oleh Drodo, Magic Chess: Bang Bang atau Chess Rush?

Kemaskini 4 Julai 2019 : Pautan muat-turun Chess Rush