Magic Chess Bang Bang Mobile Legends

Magic Chess: Bang Bang? Adakah Mobile Legends Bakal Hadir Dengan Permainan Auto Chess Tersendiri Mereka?

1 tahun lalu

Magic Chess: Bang Bang? Adakah Mobile Legends Bakal Hadir Dengan Permainan Auto Chess Tersendiri Mereka?

Beberapa hari yang lalu, sebuah permainan dengan nama Magic Chess: Bang Bang telah diterbitkan di laman Google Play Store. Seperti namanya, ia merupakan sebuah permainan bergenre Autobattler (Auto Chess) yang amat popular pada ketika ini.

Permainan ini dilihat berada di dalam fasa pengujian memandangkan ia hanya boleh dimainkan di beberapa buah negara sahaja pada ketika ini. Namun begitu, apa yang mengelirukan adalah karekter dan aset di dalam permainan ini adalah daripada permainan popular Mobile Legends Bang Bang yang dibangunkan oleh Moonton.

Walaupunbagaimanapun, menurut perincian di laman Play Store, permainan Magic Chess : Bang Bang ini diterbitkan oleh Kaka Games Inc. Mereka pada ketika ini masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan hubungan mereka dengan Moonton dan sama ada permainan ini adalah mod rasmi bagi permainan Mobile Legends.

Paparan skrin permainan Magic Chess: Bang Bang.

Permainan bergenre autobattler merupakan permainan terhangat pada masa kini dengan pembangun permainan popular seperti Riot Games yang melibatkan diri mereka di dalam pembangunan versi tersendiri mereka iaitu Teamfight Tactics dan Valve dengan permainan Dota Underlords mahupun Epic Games yang bakal menerbitkan Auto Chess oleh Drodo Studios di kedai permainan Epic Games Store mereka.

Sekiranya terdapat maklumat lanjut mengenai permainan Magic Chess: Bang Bang ini kelak, akan kami kongsikan kepada anda secepat mungkin.

Layari : Magic Chess: Bang Bang (Play Store)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments