Esukan Tempatan

Esukan Akan Dipertandingkan Di Sukan Sarawak II (SUKSAR) Disember Ini Sebagai Persediaan Menjelang Sukma XX 2020 Di Johor

01/07/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Esukan Akan Dipertandingkan Di Sukan Sarawak II (SUKSAR) Disember Ini Sebagai Persediaan Menjelang Sukma XX 2020 Di Johor

Bacaan: < 1 minit

Negeri Sarawak sekali lagi bakal menganjurkan acara Sukan Sarawak (SUKSAR) sebagai persedian menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Sarawak di sidang media yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak. Sukan Sarawak II 2019 akan dilangsungkan pada 9 sehingga 14 Disember 2019 ini dengan bandar Miri sebagai tuan rumah.

Pada sidang media tersebut, beliau turut mengesahkan bahawa esukan akan menjadi salah satu daripada 16 sukan yang akan dipertandingkan di acara tersebut. Perkara ini adalah persiapan menjelang berlangsungnya temasya Sukma XX 2020 di Johor pada tahun hadapan yang akan turut sama mempertandingkan esukan sebagai sukan berpingat.

Sukma 2020 di Johor akan mempertandingkan tiga buah permainan esukan iaitu Dota 2, PES Dan Mobile Legends. Beberapa buah negeri sudah pun mulai mencari wakil atlet esukan mereka dengan Wilayah Persekutuuan Kuala Lumpur bakal mengadakan pusingan kelayakan mereka pada hujung minggu ini.