Dota 2

12 Pasukan Yang Layak Ke The International 2019 Kini Lengkap

1 tahun lalu

12 Pasukan Yang Layak Ke The International 2019 Kini Lengkap

Musim kompetitif Dota 2 bagi tahun 2018-2019 bakal tiba ke penghujungnya dan kejohanan terbesar permainan itu, The International semakin menghampiri. Usai berusaha sepanjang musim, senarai 12 pasukan yang telah mempunyai cukup mata DPC untuk menerima jemputan ke kejohanan berprestiij itu kini lengkap.

Rantau Eropah mendahului senarai ini dengan lima pasukan daripada rantau tersebut tersenarai di dalamnya. Berikut adalah 12 pasukan tersebut:

  1. Team Secret (EU)
  2. Virtus Pro (CIS)
  3. Vici Gaming (China)
  4. Evil Geniuses (NA)
  5. PSG.LGD (China)
  6. Team Liquid (EU)
  7. Fnatic (SEA)
  8. Ninjas in Pyjamas (EU)
  9. TNC Predator (SEA)
  10. OG (EU)
  11. Alliance (EU)
  12. Keen Gaming (China)

Walaupun kesemua pasukan ini telah mempunyai masa yang mencukupi untuk menghadiri The International 2019, senarai rasmi jemputan hanya akan diumumkan secara rasmi oleh Valve usai selesai kejohanan Epicenter Major.

The International 2019 buat pertama kalinya akan diadakan di China bertempat di Mercedes-Benz Arena di Shanghai. Ia akan berlangsung dari 15 Ogos 2019 sehingga 25 Ogos 2019 kelak. Jumlah hadiah yang ditawarkan pada ketika ini telah pun melebihi angka USD23 juta dan sedang meningkat naik.


Kemaskini 1 Julai 2019 : Kesemua 12 pasukan ini telah menerima jemputan rasmi daripada Valve.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments