Esukan

Team Liquid Bekerjasama Dengan Marvel – Hadir Dengan Pelbagai Cenderahati Dan Kandungan Bertemakan Marvel

28/06/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Team Liquid Bekerjasama Dengan Marvel – Hadir Dengan Pelbagai Cenderahati Dan Kandungan Bertemakan Marvel

Bacaan: < 1 minit

Organisasi esukan ternama, Team Liquid hari ini mendedahkan bahawa mereka telah menjalinkan kerjasama bersama dengan Marvel Entertainment.

Melalui kerjasama strategik ini, organisasi tersebut telah memperlihatkan cenderahati bertemakan Marvel seperti jersi Avengers, Iron Man dan Captain America. Pada masa akan datang, kerjasama ini akan turut membawakan pelbagai kandungan melibatkan kedua-dua belah pihak dan pelbagai inisiatif lainnya.

Di kejohanan Rift Rivals semalam, Team Liquid juga telah menggunakan jersi bertemakan Captain America ini ketika bertanding di pentas kejohanan. Menuruut Marvel, kerjasama ini akan berlangsung selama satu tahun. Ini juga merupakan kali pertama syarikat hiburan tersebut melibatkan diri dengan industri esukan secara terus.

Bagi anda yang tidak tahu, Disney pemilik kepada Marvel Studios sudah pun kerap melibatkan diri dengan industri esukan melalui pelaburan mereka di dalam syarikat Axiomatic yang merupakan pemilik kepada Team Liquid. Disneyland Paris juga telah dijadikan sebagai tapak penganjuran kejohanan Dota 2 MDL Disneyland Paris Major.Acara-acara esukan juga ada ditayangkan di saluran milik mereka iaitu Disney XD.

Kesemua cenderahati ini boleh dibeli di laman rasmi Team Liquid di store.teamliquid.com/pages/team-liquid-x-marvel.