Esukan

Perkongsian Akaun Dan ‘Boosting’ Kini Adalah Jenayah Di Korea Selatan – Denda Mencapai RM70K Dan 2 Tahun Penjara

1 tahun lalu

Perkongsian Akaun Dan ‘Boosting’ Kini Adalah Jenayah Di Korea Selatan – Denda Mencapai RM70K Dan 2 Tahun Penjara

Bermula pada tahun 2017 lalu, Korea Selatan mulai mengerakkan langkah bagi menjadikan aktiviti perkongsian akaun dan ‘boosting‘ di dalam permainan video sebagai suatu kesalahan jenayah dan ia telah pun diluluskan pada Disember 2018 lalu.

Terkini, bermula pada 25 Jun 2019 lalu, akta tersebut kini dikuatkuasakan secara rasmi dan sesiapa yang ditangkap melakukan aktiviti perkongsian akaun dan ‘boosting’ ini boleh dikenakan denda mencapai ~RM70,405 (USD17,000) dan sehingga 2 tahun penjara.

Selain daripada aktiviti seperti ini, Korea Selatan juga sebelum ini telah menghukum penggodam permainan dan pembekal perisian penipuan. Dengan kemajuan negara tersebut di dalam arena eskan, aktiviti seperti ini merupakan sebuah masalah yang serius dan berleluasa.

Jabatan Keselamatan Siber Agensi Polis Kebangsaan Seoul telah bekerjasama dengan pembangun permainan bagi membanteras aktiviti-aktiviti seperti ini daripada terus berkembang di negara tersebut.

Sumber : Daniel Ahmad, Naeri

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments