Steam

Steam Grand Prix Summer Sales Telah Bermula Sekarang Sehingga 10 Julai 2019

1 tahun lalu

Steam Grand Prix Summer Sales Telah Bermula Sekarang Sehingga 10 Julai 2019

Jualan musim panas tahunan Steam telah bermula secara rasminya hari ini dan akan berlangsung selama dua minggu iaitu sehingga 10 Julai depan.

Bagi edisi tahun ini, selain daripada pelbagai jualan murah permainan, Valve jga telah memperkenalkan acara khas Grand Prix membolehkan para pelanggan menyertai pertandingan bagi memenangi item di senarai wishlist mereka di Steam secara percuma. Para pelanggan dikehendaki memilih pasukan untuk diwakili dan memperoleh mata melalui tugasan yang diberikan.

Para pemain juga boleh menebus pelbagai hadiah lain di pitstop yang disediakan. Walaupun tempoh jualan musim panas ini berlangsung sehingga 10 Julai kelak, acara khas Grand Prix ini akan tamat lebih awal iaitu pada 8 Julai.

Segala perincian mengenai acara Grand Prix ini boleh dilihat di laman rasminya di store.steampowered.com/grandprix/.

Layari : Steam Store

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments