Dota Underlords

Ujian Beta Terbuka Dota Underlords Bermula – Boleh Dimainkan Di PC, Android dan iOS

1 tahun lalu

Ujian Beta Terbuka Dota Underlords Bermula – Boleh Dimainkan Di PC, Android dan iOS

Selepas seminggu fasa pratonton Dota Underlords berlangsung, permainan baharu Valve ini kini memasuki fasa beta terbuka dan boleh disertai umum.

Bersama-sama dengan pelancaran beta terbuka ini juga, versi mudah alih untuk platform Android dan iO juga sedia dimuat-turun. Dota Underlords adalah sebuah permainan baharu yang dibangunkan oleh Valve, berasaskan mod permainan Dota Auto Chess yang dibangunkan oleh Drodo Studios. Untuk pengetahuan, Dota Underlords merupakan permainan mudah alih pertama yang dilancarkan oleh Valve. Ia juga merupakan permainan mudah alih pertama yang dilancarkan dengan enjin permainan Source 2.

Bagi beta terbuka ini, pelbagai fungsi sedia diuji seperti fungsi seperti tutorial, perlawanan bot, perlawanan biasa, permainan ranking dan permainan rentas-platform yang turut membolehkan emain memulakan perlawanan pada sesuatu platform dan kemudian menyambungnya pada platform lain. Menurut Valve, fasa beta ini akan berlangsung selama beberapa bulan.

Valve juga telah memperlihatkan perancangan mereka bagi permainan ini. Di halaman rasmi Dota Underlords, pelbagai perkara berkaitan dengan fungsi dan kandungan akan datang dipaparkan. Pertama sekali, empat daripada lapan hero baharu yang bakal tiba ke permainan ini telah pun diperkenalkan secara rasmi. Mereka adalah Anessix, Enno, Jull dan Hobgen.

Di masa akan datang, pemain boleh memilih karekter kegemaran mereka untuk dijadikan sebagai ‘underlord’. Pilihan ini akan memberikan efek unik kepada permainan. Dari segi kandungan pula, Underlords disahkan akan menawarkan battle pass kelak. Ia akan mengandungi sistem kemajuan, kosmetik permainan, papan catur khas dan pelbagai fungsi lain.

Akhir sekali, Underlords juga akan mempunyai putaran musim. Setiap kali musim berubah, senarai hero, item dan ‘ciri-ciri’ juga akan turut berubah memberikan pengalaman bermain yang berbeza bagi setiap musim.

Muat-turun Dota Underlords:

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments