Esukan Tempatan

The Pantheon Jalin Kerjasama Dengan IKEA Buka Cawangan Baharu Di Toppen Tebrau Johor

19/06/2019 1 min read

Penulis:

The Pantheon Jalin Kerjasama Dengan IKEA Buka Cawangan Baharu Di Toppen Tebrau Johor

Masa membaca: 1 minit

Salah sebuah pusat esukan ternama di Malaysia, The Pantheon telah mengumumkan pada 17 Jun lalu bahawa mereka bakal membuka sebuah cawangan baharu di selatan tanah air di Johor.

Cawangan baharu ini adalah hasil kerjasama diantara The Pantheon bersama-sama dengan Ikano Centres yang dimiliki oleh IKEA Asia Tenggara dan Mexico. Ia bakal terletak di Toppen Shopping Centre, yang terletak bersebelahan dan berintegrasi dengan IKEA Tebrau di Johor.

Pusat esukan baharu ini adalah seluas 20,000 kaki persegi, menjadikan ia cawangan The Pantheon terbesar berbanding dengan cawangan sedia ada di One City, Subang Jaya. The Pantheon turut mengumumkan bahawa mereka akan terus menjalinkan kerjasama dengan Ikano Centres dan bakal membuka lebih banyak cawangan di masa akan datang.

The Pantheon
Sudut perkakasan permainan realiti maya (VR) di The Pantheon One City, Subang Jaya.

Toppen Shopping Centre dijangka akan dibuka pada November 2019 ini dan bakal menerima sekitar 15 juta pelanggan pada tahun 2020. Dengan hadirnya pusat esukan The Pantheon ini, para penggemar esukan di Johor kini mempunyai pilihan untuk menikmati pengamalan bermain permainan video dengan perkakasan bertaraf tinggi, terkini dan juga menyertai pelbagai aktiviti dan acara esukan yang kerap dianjurkan oleh The Pantheon.

Untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan dengannya, anda boleh mengikuti laman Facebook rasmi The Pantheon di pautan ini.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *