League of Legends Teamfight Tactics

Mod Permainan League of Legends Berasaskan Auto Chess, Teamfight Tactics Sedia Diuji Di Pelayan PBE

1 tahun lalu

Mod Permainan League of Legends Berasaskan Auto Chess, Teamfight Tactics Sedia Diuji Di Pelayan PBE

Teamfight Tactics, sebuah mod permainan baharu bagi League of Legends kini sedia diuji di pelayan ujian PBE (Public Beta Environment).

Teamfight Tactics merupakan sebuah permainan yang dibangunkan berasaskan kepada mod permainan popular masa kini iaitu Dota Auto Chess. Walaupun begitu, permainan yang dibangunkan oleh Riot Games ini mempunyai perbezaan yang tersendiri daripada permainan Auto Chess lainnya.

Sebagai contoh, berbanding dengan papan catur biasa, Teamfight Tactics menggunakan bentuk hezagon dan mempunyai baris kotak yang lebih sedikit berbanding permainan asal. Teamfight Tactics juga mempunyai elemen deraf yang digelar sebagai carousel dimana para pemain akan memilih champion bersama-sama dengan pemain lain secara bergilir dengan pemain yang mempunyai nilai nyawa terendah memulakannya (kecuali yang corousel pertama, dimana semua pemain bermula serentak).

Riot Games juga merancang untuk menambah mod permainan beranking selepas permainan ini diperkenalkan di pelayan umum League of Legends. Walaubagaimanapun, berbeza dengan Auto Chess yang dibangunkan oleh Drodo dan Dota Underlords yang dibangunkan oleh Valve, Teamfight Tactics hanya boleh dimainkan di dalam klien League of Legends dan tidak akan mempunyai versi mandiri di PC mahupun versi mudah alih.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments