Penang Esports Festival 2019 Diumumkan Dengan Hadiah Sebesar RM75,000

Penang Esports Festival 2019 Diumumkan Dengan Hadiah Sebesar RM75,000

Sumber foto : Sozo

SOZO Pte Ltd hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan Festival Esukan Pulau Pinang 2019 (Penang Esports Festival 2019) pada bulan September ini.

Festival ini bakal mempertandingkan pelbagai permainan esukan popular seperti Street Fighter V: Arcade Edition, TEKKEN 7, Super Smash Bros. Ultimate, SOULCALIBUR VI, FIFA 19, Pro Evolution Soccer 2019 dan banyak lagi, menawarkan hadiah keseluuruhan berjumlah RM75,000 untuk direbut.

Selain daripada itu, festival ini akan trut menyertakan pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kosplay, demo permainan, seminar perniagaan, pameran dan forum bual bicara. Penang Esports Festival ini akan berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 September 2019 akan datang bertempat di Penang Setia SPICE Arena.

Baca Juga :   Manila Masters - NP Mara Ke Top 3

Selain daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, penganjur juga telah bekerjasama dengan beberapa organisasi esukan dan permainan ternama tempatan seperti Flash Vision Esport, GameStart Asia dan KITAMEN untuk sama-sama terlibat menganjurkannya. Menurut Sozo, perincian lanjut dan lengkap mengenai festival ini akan diumumkan dalam masa akan datang.

Layari : Penang Esports Festival 2019

Leave a Comment